PENGARUH SAINS DALAM PERKEMBANGAN MODERN MENURUT MUHAMMAD ABDUH
Keywords:
Muhammad Abduh, Sains, Reformer, IslamAbstract
Artikel ini meneliti pemikiran sains Shaykh Muhammad Abduh (1849-1905) dan pengaruhnya
di dunia Islam. Perspektif saintifiknya ini dhuraikan secara sistematik dengan menganalisis
karya-karyanya yang yang prolifik dan ekstensif tentang sains, seperti Al-Islām wa’l
Nasrāniyyah Ma‘a al-‘Ilm wa’l-Madaniyyah (Islam dan Kristian dan pendirian keduanya
terhadap ilmu dan peradaban), Tafsīr al-Manār, Tafsīr Juz ‘Amma (Komentar atas Juz ‘Amma),
Risālat al-Tawhīd (Tretis tentang tawhid) di samping kitab-kitab serta literatur penting yang
lain dari Abduh. Tema utama yang dibincangkan menfokuskan pada falsafah sains Abduh,
sumbangan Abduh kepada kemodenan, dan pandangan saintifiknya dalam tafsir. Ia turut
membincangkan pengaruhnya terhadap masyarakat Mesir moden dan impaknya yang penting
dalam pencerahan dan pembaharuan Islam di zaman moden. Metode kajian bersifat kualitatif
berasaskan kaedah tinjauan literatur dan biografi. Penelitian ini menyimpulkan penemuan yang
signifikan, yang memperlihatkan bahawa sumbangan utama Abduh kepada sains adalah dalam
mengislamkan karakter dan landasnya yang dinamik berdasarkan pandangan sarwa Islam yang
moden. Ini secara substantif dipaparkan dalam usahanya untuk memperkenalkan tafsiran
saintifik terhadap al-Qur’an, yang mengangkat keunggulan akal dan intelek (‘aql),
membawakan kefahaman rasionalnya terhadap teks, dan menyumbang kepada kebangkitan
pikiran saintifik, kebebasan idea (taharrur), dan pandangan sarwa religius yang dinamik.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ahmad Nabil Amir, Tasnim Abdul Rahman

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.